cahaya yang menghiasi

cahaya yang menghiasi

Wednesday, December 1, 2010

yassin untuk abah..

bismillahhirrahmannirrahim..

assalammualaikum w.b.t..
sendu..sayu..itulah yang aku rasa saat ini..seusai aku membaca surah yassin untuk dihadiahkan buat arwah abah tiba-tiba tanpa ku sedari air mata laju menuruni lekuk-lekuk pipiku..ya Allah..kau cucurilah rohnya..aminn..

aku merindui abah..rindu yang teramat sangat..sudah 6 tahun abah tinggalkan kami..9 nov 2004..itulah tarikh keramat..tarikh dimana roh dan jasad abah bercerai..ketika abah menghembuskan nafas terakhir, kami tiada di sisi dia..kerana dia dimasukkan ke dalam ccu dek kerana keadaannya yang kritikal...abah koma..selama sebulan abah sakit..bermula 1 ramadhan..

pagi itu..aku ingat lagi..kami terima panggilan daripada mak..nasib baik anyah dah ke skolah..untuk duduki SPM..mak menelefon kami mengkhabarkan bahawa abah sudah tiada.kak ni yang menjawab panggilan tersebut..untuk pertama kalinya kak ni tidak mempercyai apa yang didengari..lalu kak ni menelefon emak semula untuk mengesahkan apa yang didengari sebentar tadi.."ye ani..abah dah xde.."kata mak..kak ni khabarkan pada aku..saat itu aku lihat kak ni dan shila sudah tidak mampu mengawal perasaan mereka..aku?? aku keliru dengan perasaan sendiri..yang pasti saat itu aku bingung, terkejut..aku sendiri tidak mengetahui apa yang aku rasa..tiada satu pun air mata yang mengalir di pipi..

tepat 11 pagi jenazah abah yang telah siap dikafan sampai dari hospital..jenazah di letakkan di atas tilam di ruang tamu..duppp..hati aku tersentak..selepas melihat sendiri jenazah abah, barulah air mata ku mengalir..namun aku tahankan..aku tidak mahu teresak..aku lihat wajah abah..tenang..sejuk saja saat aku menyentuh pipi abah..aku kesat air mataku..aku cium pipi dan dahi abah..syahdu..tiada lagi rasa kehangatan itu..kehangatan tangan abah..kehangatan senyuman abah..ya Allah..aku dah kehilangan dia..namun aku redha..

abah..selepas saja solat zohor abah dikebumikan..setiap kenangan bersama abah bermain di sanubari..aku rindu...aku sayu..bersemadilah abah disana dengan tenang..ya Allah..tempatkanlah abah bersama para solehin..aminn..

p/s:- selamat hari lahir abah..(1 dec 1949)..al fatihah...

4 comments:

TunTeja said...

Al fatihah.....

jangan sedih zai...

be strong k..doakan dia tenang di sana..insyaAllah :)

Amir Omar said...

It's hard for everybody Zai,I know

insyirah said...

tun:- thanx dear..i'll be strong coz have a fren like u..
memer:- yup..very hard..

Ila Aqilah said...

alfatihah..
zai, tabah eh..huhu

peMiLik..(zai..)

peMiLik..(zai..)

me..yippie

Our NEw MeMbeR..(Aidil)

Our NEw MeMbeR..(Aidil)

2nd nephew

2nd nephew
mohamad irfan naufal fahreen

PeRmAta AtI..

PeRmAta AtI..