cahaya yang menghiasi

cahaya yang menghiasi

Thursday, March 31, 2011

bahagia itu apabila membahagiakan~



Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

move on


p/s:- ku ada kamoo..

31/3/2011..:)

* gambar dicuri dr fb mangsa..:)
Let your heart guide you...but listen closely because it whispers.

p/s:- u took my heart a way~

Wednesday, March 30, 2011

beetween 2 words..

sebiji panadol dan secubit rasa terkilan...ermm....

pelakon utama utk 1 prank..:)

assalammualaikum..:)..huhu..sori coz hr ni br cm sempat x sempat nak update blog..2 pon dlm keadaan sipi2 dah matahari nak terbenam..aicewah~

so hr ni adelah post tertunggak utk wish hepi bufday kpd sorg kwn bek aka org kuat yang byk mengangkat membantu bila saya x sihat..(smpi penah mandikan)..terbaeeekk la..

"walaupun adik ila baru berusia 23 tahun, namun kekuatan yang dimiliki oleh beliau sgt maksimum"..kah3..(gaya citer bersamamu~..so dis is da bufday gurl aka mangsa kami mlm 2..:)


kih3..suweeett kan??lalalala..(pasni ila kena banje kepc..puji lbey ni..)

kejadian mlm itu..jeng3..

1. makyah pki selipar sebelah len2..kah3..spoil mood x sihat aku..makyah siap bg ms kat dlm kete je nak ktw..pas 2, kena mula kan lakonan..1,2,3 eksen..:)
2. masuk je blik ila, aku trus wat muke seposen..ms 2 si mangsa kat meja, ngadap lappy..aku n makyah saling berpandangan cm tggu arahan drpd pengarah je..ok..mule..
3. aku wat2 baring atas ktil makyah, makyah dtg, cm nak tlg picitkan..skali lgi nak tergelak coz salu perli makyah urut "kuat" sgt..hehe..
4. bgun je dr ktil pengsan kat depan pintu..ila pon dtg, pangku, siap renjis dgn air..time 2 nak tergelak..tahannnn...
5. ila pimpin aku trun..liza lak wat lwk..nak terjatuh tgga..lg skali kena thn gelak..huhu..penat la nak thn gelak ni..
6. msuk je dlm kete liza pangku aku, aku dah nak gelak2..lizapon tergelak..nsib bek ila x nmpk..ila siap pki selendang lilit2 nak hntr aku ke hospital..haha
7. smpi je kat depan pdg, aku psg lilin kat kek, n bgun nyanyi HEPI BUFDAY kat ila..smbil gelak2..ila jeritttt..haaaaa..JAhAT!!ngeh3..
8. trun dr kete, "pakaikan" ila bedak haha..nsib ko la nyah~~

p/S;- penat gak jd pelakon utama utk HIKAYAT MERENG MAHA ANGSA ni..:p

tahniah mommy baru..

assalammualaikum...hai3...yea2..alhamdulillah..bertambah lagi sorg makhluk Allah yang chumell kat atas muke bumi ni..:)

baby kpd my ex naqibah..kak fisha..ngeh3..comei kan??baby gurl ni lhir kul 10.33 am 30/3/2011 and come 2 join us, safe and sound..(cm yang mak dia ckp)..hehe

so congrats k.fisha..ade baby sndiri msti best kan??hehe..nnt umi zai akan trn KL utk bertemu si chomel...:)

Sunday, March 27, 2011

kasihnya dia..

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu"


can't imagine my life without u...

Saturday, March 26, 2011

he is adorable..my love..:)

he is my love..my only love...

tolong aku..

assalammualaikum..

1. tolong ingtkan andai aku lupe..
2. tolong gembirakan andai aku berduka
3. tolong luangkan masa andai aku perlukan
4. tolong pinjamkan telinga utk mendengar..


"tidak aku lupe Allah itu sebaik2 penolong"...


p/s:- awak
saya..:)

Friday, March 25, 2011

berhabuk..

assalammualaikum...fuuhhhh..(tiup2 sket habuk yg de kat blog ni)..huhu..dah lama x update...bz nye week ni..letih...huhu..so bila dah menjelang hari raya.weekend ni barula de ms nak update blog..

ok..hr ni sgt2 penat n sdikit kelam kabut..td de observe utk major 2nd time, pas 2 tiba2 pemantau KETUA UNIT PRAKTIKUM dtg..ketua unit k..gegel pala lutut..huhu..tp wat2 relax je..tawakal n tadah telinga if ade wat silap..tapi.............................................ngeeee..:)...semuanya ok ajeee..puan 2 siap puji lagi..:)

Saturday, March 19, 2011

aku masa kecik..:)

assalammualaikum..sini nak share gmbr aku time baby n kanak2 riang dolu..huhu..:)

time baby..ms ni br umo sebulan..gmbr diamik 19/7/1988

mak..nak air..huhu

rambut afro mak.hehe

ssh nak senyum..huhu

tdoq ka??

dah besaq sket..

p/s:- gmbr blurr cm tuan dia..hehe..mak x bg bwk blik jb ntuk scan..so snap gune fon je..:)

Friday, March 18, 2011

berikan aku memori itu..

hampir ke detik itu..detik kita akan berpisah..kita akan menjalani hidup,dua cabang perjalanan yang berbeza..kau dan aku akan terasing..di bumi Allah ini..ku mohon..berikan aku memori itu..memori indah yang boleh dikenang..sehingga akhir hayat...

p/s:- tahun terakhir di sini..


cara memujuk perempuan..huhu

assalammualaikum..dgr crmh ustz kazim elias..tajuk nak tackle hati is3..huhu..ooppss..xde makna pe2..is3 kan pmpuan..ustaz 2 kata. kena da ilmu cmne nak pjuk org pmpuan ni..xley semberono je..so..jom kita tgk..cmne nak pujuk pmpuan ni..:)


1. ckp lembut..
- perempuan ni hati dia lembut..so nak pjuk pon xley ksr2..xley nak ckp grg2..nnt jwbnya ma'assalamah la ea..huhu..so berlembut la..time dia tgh api, korg jd la air...:)

2. jgn wat bodo..
-eh2..bkn bodo yg xde akal 2..tp wat x reti..jgn amik langkah utk wat xtau..terangkan perkara sebenr..kerana berdiam tidak mampu selesaikan semua masalah..

3. bertolak ansur..
-kena bertolak ansur..kdg2, rendahkn ego..ingat..perempuan ni 9 nafsu 1 akal..anda 1 nafsu dan 9 akal.jd..sape yg lebih rasional??fikir2kan...

4. tenangkan dia..
- jgn panaskan lagi dia dgn kata2 anda yang menyakitkan hati..dahla dia dah mmg tgh sakit ati..jd, tenangkan dia..wat dia kembali ke akal yg waras..kalo boley, wat lawak sket..awas!! jangan lwk bodo k..pasti, dia akan tersenyum manis..:)

5. sentuhan..
- ni utk para suami je ea..sentuhla istri anda..pegang tgn dia..kalo boleh peluk..pasti dia yg tgh majuk akan sejuk..xpun termenangis terharu..:)

p/s:- “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”(bukhari dan Muslim)

Thursday, March 17, 2011

my immortal..

"My Immortal"

I'm so tired of being here
Suppressed by all my childish fears
And if you have to leave
I wish that you would just leave
'Cause your presence still lingers here
And it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase


When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have
All of me

You used to captivate me
By your resonating light
Now I'm bound by the life you left behind
Your face it haunts
My once pleasant dreams
Your voice it chased away
All the sanity in me

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase


I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along

words..

Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

Never explain yourself to anyone, because the person who likes you doesn't need it, and the person who dislike you won't believe it

P E R G I...



tiba-tiba kau datang lagi..
membawa sebuah rasa yang tetap membuatku takut untuk melihatnya..

aku mohon pergilah..
jangan kau ganggu malam-malam ku lagi dengan pusisi-puisi mu yang sangat menganggu tidurku..
pergilah..
pergi dengan semua obsesi dan semua kenangan yang pernah ada..
pergi..
temukan dia atau mereka yang bisa memberikan balasan yang setimpal atas rasamu..

kenapa kau tiba-tiba datang lagi??
datang ke mereka yang baru menjadi bagian dari hidupku..
tak puaskah kau atas bayangmu yang dulu sempat membuatku takut untuk menatap hariku..

aku mohon..
jangan paksa aku untuk membencimu..
jangan buat hatiku kotor atas semua tindakan konyolmu..

aku punya kehidupanku sendiri..
dan aku berharap kau tak menjadi bagian dari kehidupan ku selanjutnya..
aku menghargaimu..
aku menghormatimu..
menghormati semua yang kau agungkan atas nama ku..
menghargai semua karya yang kau ciptakan karena aku..

tapi aku mohon, berdamailah dengan hatimu..
berdamailah dengan semua ketetapan kita..

Tuesday, March 15, 2011

sabar

bersabarlah anda sebelum disabarkan kerana jika anda bersabar kelak orang akan kata anda penyabar kerana masih bersabar walaupun dah hilang sabar selepas menjadi penyabar apabila dicabar..

demi cinta Allah..(artikel from i luv islam)




Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

-Artikel iluvislam.com

sedetik lebih...

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


p/s:-ermmm...:')

link lagu ni..

Monday, March 14, 2011

hari bersamanya..

Lirik Lagu Sheila On 7 – Hari Bersamanya
Hari telah terganti
Tak bisa ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya
Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Akankah aku ulangi merusak harinya
[*]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan
‘tuk menatap matanya
[**]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Hariku bersamanya
Kau tahu betapa aku
Lemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya
Back to [*][**]
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Back to [*][**]
Hariku bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
http://akhza.com/liriklagu
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya

tukar mood..

assalammualaikum..pg2 ni xde wat pe2..aidil pon tdo.so aku cdg saja2 nak belek blog..belek pnya belek rasa cm dah bosan tgk blog cm 2.aku pon decide nak tkr wajah..hehe.wat "plastic surgery" sket utk blog ni.nak tkr mood..jadikan ia cam cute2 sket..cehh..hehe..so tararraaaaaaaaa..inilah rupe blog baru gue..:)

order nak mkn pe..

assalammualaikum..selamat berhali laya..eh3..tak2..selamt bercoti..huhu..i like...ermmm..duk umah..confirm bdn akan nek lagi 2 kilo..(yang dah sedia ada ni pon xtau nak trnkan cmne)..haih3..hr 1st balik my mom n my sis dah tnya nak mkn pe??wah3..ley order ea..xpe2..mak msk pe, sume org sapuuuu..hahahaha..(tp mmg terkenal sbg org yg cerewet psl mkn ea)..huhu..anyah pon balik gak sabtu 2..ok..will meet the "bakal" mommy..huhu..xcited..owh..how i heart my home so much...x sia2 gerak balik cam topan mlm 2 gak..hehe..

balik2 je disambut mesra oleh "my botak"...mmuahx..satu kis bagi..nak lg??ok..mmuah..2 kis dpt..hehe..syg aidil umi..besorrrnnyyyeee dieeee..7.35 kg..owh..sape2 yang nak build body boley la stiap hr angkat ini budak botak ea..:)

p/s:- mummy..ini pagi tb2 mau mkn loti canai maaa..ley3??..hehe

Friday, March 11, 2011

aku slh msuk kelas ke??

assalammualaikum..pagi2 bute dah dpt kertas relief??menatang pe 2?? ok2..bagi sape yang xtau..kertas relief 2 ialah kertas yang kita akan dpt especially cikgu praktikum bila cikgu sebenar x dtg..kiranya kena ganti..masuk kelas dia ngajar la..ok.ngajarke??hehe..

aku pon bila dah dpt kertas relief utk kali ke 99 ribu belas ratus kali..ok..ni dl ayat sorg member aku dak maths ea..hahaha..aku pon belek..ermm..5 cerdik..terbayang2 kat mata aku budak2 kelas 2..yang aku pling ingat ketua darjah dia...ok..nak describekan sket..orgnye besar2..hehe..perut maju ke depan..ada taik lalat di mulut..pe mksdnya 2?? ea..pndi..sgt2 la celopar..haha..sabor ajela..suke bergaduh..pernah skali aku dgr citer yang dl, ms drjah 3 si zarul ni buat kuak lentang atas lantai kelas..hehe..pe nak jadila..yang lagi lwk ialah dia pnya perut 2 menyebabkan bdn dia x cecah lantai..haaa..pandai2la korg nak byg sndr ea..hehehe...

ok..masuk2 je class 2, aku wat muke grg...dorg pon bg la salam diketuai oleh si zarul ni..assalammualaikum w.b.t cikgu zaitunnnn......(panjangnya 12 harkat)..habis satu set induksi selama 5 minit..ok...xpe2..budak2 ni x pndi baca name tag aku agaknya..ok..duduk semua..terimaaaa kasiiiihhhh cikgu zaitunnnnn..12 harkat lagi...sabor ajela..aku betulkan yang suh dorg pggil aku cikgu zai..senang..ringkas dan lagi senang disebut..(GPK yang salu bagi kertas relief smpi skang x pas lg nak eja nama aku)..NORZIANIATUN..okk...aku adik beradik ziana zain ke??xpelah puan..hantam ja la labu...asal paham..

aku pon suh la dorg hapal sifir..nnt aku nak tnya...sume dah berkobar2 hapal sifir dengan hnya melihat di belakang buku latihan..adehhh..2 bukan hafal yang oiiii..2 baca sifir...huhu..sabor lagi..aku suh dorg smpan buku..ok..nak dijadikan cerita ade sorg budak indian nama dia andrian..hehe...aku x faham pe yg dia ckp...dia pon smgt dtg depan aku...ok..aku ckp.."sifir 9"..dia jawab "*&%T%$% 9 ye cikuuuuu"..wokey2..

* %$%%%$ 2 mksudnye aku x fhm pe yg dia ckp ye..huhu..

1, 9, 9
2, 9, 9
3, 9, 9..

"eh2..stop2..ni sifir pe ni??".."sifir 9 la cikuuu"..ha??aku ternganga..g duduk tempat awak semula..hafal balik sifir 9 tu..dia pon duduk..

kali ke 2..dia dtg semula..
"wokey cikuuuuu dah hapal"..
ok.baca..
1, 9, 9
2,9, 18
3,9, 27..
eh3..stop2..
"nape cikuuuuu salah lagi ke??"..

aku pon ckp..dlm kelas ni ade payung x?? saya dah basah kena ujan...pagar awak jarang sgtla andrian..=_="..

p/s:- sediakan payung sebelum kena tempias air liur anak murid..gggrrr..

changing plan..

assalammualaikum..hehe..last minit aku and fatin plan nak blik mlm ni gak..huhu..x sggup berlama2 lagi kat cni..ipoh dah melambai2..so plan sebenar 3.30 am..ye..jgn x caye..3.30 am dah bertukar ke 11 pm mlm ni!! yeaahhoo..doakan smoga perjalanan kami selamt..aminnn..:)


balik kampung..oooo balik kg..oooo balik kg..hati girang...


p/s:- semoga dia selamat pulang...

Thursday, March 10, 2011

hari ke 2..

terima kasih..:')

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…

Wednesday, March 9, 2011

jangan menipu..

jangan kerap menipu kerana yang tertipu mungkin ditipu, mungkin juge akan menipu yang penipu sehingga yang menipu menganggap ditipu yang tertipu tetapi hakikatnya saling menipu..

jgn duduk bwh telunjuk...

assalammualaikum..emm..aku kesal..kesal dgn sstgh org yg rela dirinya di tindas..duduk bwh telunjuk org..hnya berkata YA pada semua perkara..tutup mata seolah2 x nmpk pe2 berlaku sdgkan diri sndiri tau ade yg x kena..wanita bukanla kaum yang sangat lemah yang hanya perlu ikut telunjuk ok..kadang2 berkata TIDAK itu penting supaya org tau kita ade pendirian..PENDIRIAN..ye..itu sgt penting..jgn relakan diri dibuli dan ditindas sesuke ati..fight 4 ur rite..!!!

p/s:- wanita harus dilindungi, bukan di buli..sekian~

Tuesday, March 8, 2011

transformation..dr dulu smpi skrg..:)

assalammualaikum..hehe..nak tgk muke aku dr dulu smpi skrg??jap ea..

1. zaman2 skolah rendah dl..

haha..teka yg mana aku??
klu:- budak nerd..=_="

2. zaman sekolah menengah..:)








3. zaman di maktab..:)






p/s:- tgk balik gmbr2 dl..berubahnya aku..dr dulu..muke smkin matang, umur makin meningkat..huhu

WANITA..istimewa??

assalammualaikum..slmt HARI WANITA..:)..kpd sume yg bergelar wanita di luar sana..yang asli ea..bukan pondan..aku ucapkan selamat ari wanita..istimewanya wanita ni..dl..kita ni ditanam hdup2 je..tp Allah dah tggi kan darjat kita sama je cm kaum lelaki..so, hargailah diri sendiri..:)..kat sini nak share tentang apa keistimewaan wanita..smoga mjadi manfaat..:-



1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7.Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15.Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
16.Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
18.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19.Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* ini cume sebahagian..:)

p/s:- subhanallah..mudahnya menjadi wanita..tp nape kat neraka nnt still rmi wanita dr llki??fikir2kan..

HARGAILAH WANITA...

Monday, March 7, 2011

words..

To be happy with a man you must understand him a lot and love him a little .
To be happy with a woman you must love her a lot and not try to understand her at all


congrats MY netballers..:)

assalammualaikum..kepenatan seharian di skolah..smlmnya prepare utk di observe bg subjek BM..hati berdebar..1st time nak di observe oleh lectrr selain lectrr PJ..tapi alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yang dirancang..markah pon ok...

habis je observe, aku trus gerak ke SK Bukit Indah..nak bg support utk team netball yg aku dah tlg train smpi gelap2 muke ea..huhu..nek cab, ingtkan pakcik 2 tau jln..tp dia g antar aku ke SMK Bukit Indah lak..huhu..terpaksa aku lak yg jd GPS pakcik cab 2..alahai nasib bdn..ingtkan ade diskaun..huhu..pakcik yg slh jln.. tapi tetap ikut meter kena RM 15..padahal skolah 2 dkt je..sob3..takpe..demimu team netball ku...

sampai2 je tgk dak2 aku tgh dok tgh pdg..muke msing2 ketat..aku tnya dah lwn ke?? dorg kata lom..takut..aku pe lg..bukela sesi kaunseling..start je game..aku HOREAAAAYYYY!!!..cikgu lebih sudu dari kuah ea....alhamdulillah..1st game lwn dgn musuh tradisi..kitorg berjaya lead 6-2..(cikgu bgga dgn korg)..tadi 2 mrh2 syg ea..hehe..naik terkeluar anak tekak..dahla bdn x bape nak sihat..esok confirm xde sore..utk game kedua pon yeaaa...menang lagi..7-3..:)..aku senyum je tgk game 2..(senyum dlm geram)..ok, kat sini aku nak tegur sikit ea..cikgu2 sila la terapkan gak nilai murni kat team msing2..jgn hrp terer, tp no manners..x gune gak..org xkan respect..ajar utk hormat org lain..main dgn fair ok..aku puji dak2 aku..xpe..biar org tgk kita lemah, yg pnting, kita ada adab..dan terbukti kesopanan kita bukan bermakna kita LEMBIK..tapi kita la JUARA..utk game ke 3 pon menang gak..so ketiga2 game hr ni berjaya menang..yeaaayy2..aku tgk dak2 aku mata dah berair..msti dorg x sgka..aku pon nak ter"hujan" gak td..nsib bek x bnjir..tp cover beb..dpn dak2..malu..huhu..org pndg rendah pd team kita, tapi kita dah berjaya buktikan..esok, men lek lok ok...cikgu tau korg sume BOLEH!..:)

p/s:- teringat time dl2..huhu..posisi centre..posisi WAJIB..:)




peMiLik..(zai..)

peMiLik..(zai..)

me..yippie

Our NEw MeMbeR..(Aidil)

Our NEw MeMbeR..(Aidil)

2nd nephew

2nd nephew
mohamad irfan naufal fahreen

PeRmAta AtI..

PeRmAta AtI..