cahaya yang menghiasi

cahaya yang menghiasi

Saturday, August 20, 2011

jangan terlalu mencari "KESEMPURNAAN"...




jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya dan ketajaman mata kail kamu. Mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN kamu

.....................................................................................

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK, tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula

Begitulah juga..

Jika kamu sedang memiliki seseorang, TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggap dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu TERUS hingga akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja

.....................................................................................

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga..

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU, dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

.....................................................................................

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI, kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA. Itu lebih BERMAKNA!

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

No comments:

peMiLik..(zai..)

peMiLik..(zai..)

me..yippie

Our NEw MeMbeR..(Aidil)

Our NEw MeMbeR..(Aidil)

2nd nephew

2nd nephew
mohamad irfan naufal fahreen

PeRmAta AtI..

PeRmAta AtI..