terdengar lagu "wanita" dr de'hearty..
"Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh"..
ye..mmg diakui..akal kami senipis bilahan rambut..kami tidak mampu berfikir rasional setiap masa..namun..apabila kami mula meletakkan kerasionalan dlm setiap tingkah laku & perbuatan, maka kami mampu mengambil keputusan terbaik dlm hidup..
ye..hati kami bak kaca yang rapuh..kami mudah terluka jika dilukai..kami mudah kecewa, hati kami mudah hancur..namun..apabila kami mula bangkit dari kekecewaan, jangan kau duga hati kami..ia mampu menjadi setegar karang..
kau mempersoal bagaimana kami dapat mengatasi rasa kecewa itu? jawapannya kami serahkan semula hati kami yang telah dihancurkan oleh seorang manusia kepada yang lebih hak..kami biarkan Dia memujuk, kami biarkan Dia mencantum semula serpihan-serpihan yang telah kau taburkan..kami hamparkan hati kami kepadaNya untuk di"bersihkan"..maka kau..buatlah perkara yang sama..nescaya kau akan tenang..
jangan kau duga hati kami wahai Adam..mohonlah kepada Dia semoga hati kami dilembutkan untuk memaafkan setiap kesalahanmu..kerana Dia pemegang kunci kepada setiap hati..dan sesungguhnya hati ini milikNya..sekali kau robek kepercayaan kami, seribu kali kami menjauhi...:')
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
No comments:
Post a Comment