tersedar...
tiba-tiba dahiku terhantuk..
ouchh..sakit..
tapi bukan di kepala..
tapi di sini..
di ruang yang telah lama ku biar kosong..
sang HATI..
tersedar...
mampukah aku tersedar lalu berdiri dan terus berlari?
tajam, pedih, perit, sakit...
adekah perlu rasa itu semua hanya untuk buat aku tersedar..
wahai sang HATI...
DIA..
yang nyata hanya akan menjadi sejarah...
tapi aku masih tidak pasti ingin meletakkan sejarah bersama DIA di sudut yang mana??
kenangan yang terindah atau mimpi ngeri yang tak berpenghujung??
kerana kedangkalan aku dalam subjek sejarah itu...
sang HATI..
kau perlu kuat..
jika tidak kau akan hncur lebur dan dibawa angin lalu..
kuat menerima kenyataan walau sepahit hempedu..
kuat menerima masa depan walaupun ia diselaputi kabus..
namun biarlah kau terus tersedar..
tempat kau bukan disitu..
tiada guna kau berpaling..
mengemis kasih, memohon simpati..
kerana hanya dusta, nista dan kebohongan yang mampu kau gapai..
bukan apa yang kau ingini..
tersedar dan teruslah sedar wahai sang hati..
jangan menipu lagi...
jika kau benci..bencilah..
kalau itu yang bisa meredakanmu..
kerana jangan kau biarkan ia terus menipu..
sedangkan matamu mencerminkan segala-galanya..
zainiatun insyirah..
p/s:- pergilah..sebelum aku membenci..
No comments:
Post a Comment