cahaya yang menghiasi

cahaya yang menghiasi

Sunday, November 21, 2010

moment itu..

untuk kamu..

pernah kau tau apa itu sakit?
pernah kau tau apa itu derita?
pernah kau tau apa itu kecewa?
untuk kamu yang tak pernah mengerti..fahamilah..

AKU..sakit kerana palsunya kamu..
AKU..derita kerana kejamnya kamu..
AKU..kecewa kerana mempercayai kamu..

tak pernah aku sangka..kaulah punca setiap titisan air mata ini..
kau yang hanya berpura-pura..kau yang hanya bersandiwara..
teganya kamu menyakiti aku..
kata-katamu hanya sekadar di bibir..
dan aku..terus-terusan tertipu..

untuk kamu..
ketahuilah bahwa aku sedang berusaha untuk membenci..
namun aku tau itu tidak mungkin..
dan aku msih mencuba..hingga saat ini..

p/s:- utk kamu..tlglah..jgn gnggu aku lg..

sujudku..

DALAM SUJUD


sekuntum doa baru saja menyentuhku

dalam sujud memaksa hujan kembali membekaskan dingin,

menjadi serupa rindu yang lekat di jendela dzikir,

sudah lama diganti puisi kertas-kertas bermalas-malasan mengintip awan yang gelap

dari balik pintu

kapan kau akan datang lagi menjembatani ruhku dan Tuhan

dan segala rupa angin yang dicekam duka?

kapan kau akan hinggap lagi menyayat-nyayat sujudku

yang diam tanpa suara

Saturday, November 20, 2010

aku bersyukur..

pernah x dlm idup korg, korg rs dah bputus asa sgt2..
pernah x korg rs cm xde jln kuar utk mslh 2?
pernah x korg rs nak mati je??
aku pernah..
aku pernah rs cm xde sape2 mmpu tlg aku..
aku prnah rs cm sorg2 dlm idupni..
tp Alhamdulillah..
Allah msih syg aku..
Dia kurniakn aku shbt2 yg sejati..
yg memahami & berada di smping aku..
yg x judge sape aku..
& yg x ptus asa bg smgt utk aku trus idup n baiki diri..
thanx..& aku bsykur coz msih merasai ksih syg itu..aminn..

p/s:- 2 k.tikah n dya..korg la insan yg Allah kurniakan dlm idup aku utk jdkan aku mnusia pling b'untung..

penawar hati..(kredit 2 k.tikah)..

istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

1.Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
2.Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
3.Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
4.Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
5.Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.




tersedar..

tersedar...
tiba-tiba dahiku terhantuk..
ouchh..sakit..
tapi bukan di kepala..
tapi di sini..
di ruang yang telah lama ku biar kosong..
sang HATI..

tersedar...
mampukah aku tersedar lalu berdiri dan terus berlari?
tajam, pedih, perit, sakit...
adekah perlu rasa itu semua hanya untuk buat aku tersedar..
wahai sang HATI...

DIA..
yang nyata hanya akan menjadi sejarah...
tapi aku masih tidak pasti ingin meletakkan sejarah bersama DIA di sudut yang mana??
kenangan yang terindah atau mimpi ngeri yang tak berpenghujung??
kerana kedangkalan aku dalam subjek sejarah itu...

sang HATI..
kau perlu kuat..
jika tidak kau akan hncur lebur dan dibawa angin lalu..
kuat menerima kenyataan walau sepahit hempedu..
kuat menerima masa depan walaupun ia diselaputi kabus..
namun biarlah kau terus tersedar..

tempat kau bukan disitu..
tiada guna kau berpaling..
mengemis kasih, memohon simpati..
kerana hanya dusta, nista dan kebohongan yang mampu kau gapai..
bukan apa yang kau ingini..

tersedar dan teruslah sedar wahai sang hati..
jangan menipu lagi...
jika kau benci..bencilah..
kalau itu yang bisa meredakanmu..
kerana jangan kau biarkan ia terus menipu..
sedangkan matamu mencerminkan segala-galanya..

zainiatun insyirah..

p/s:- pergilah..sebelum aku membenci..

biarkan masa lalumu..

Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan di dalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.





Bagi orang yang berfikir, kesan-kesan masa lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan di dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' pengacuhan selamanya. Atau, diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, kerana masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu mengubahnya menjadi terang, dan kekacauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali, karena ia memang sudah tidak ada.




Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam. Selamatkan diri Anda dari bayangan masa lalu! Apakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke tempatnya terbit, seorang bayi ke perut ibunya, dan air mata ke dalam kelopak mata? Ingatlah, keterikatan Anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan, dan sekaligus menakutkan.




Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga. Di dalam al-Qur'an, setiap kali usai menerangkan kondisi suatu kaum dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, "Itu adalah umat yang lalu." Begitulah, ketika suatu perkara habis, maka selesai pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.




Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu. Syahdan, nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya demikian: "Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya." Dan konon, kata orang yang mengerti bahasa binatang, sekawanan binatang sering bertanya kepada seekor keldai begini, "Mengapa engkau tidak menarik gerobak?" "Aku benci khayalan," jawab keledai.




Adalah bencana besar, apabila kita rela mengabaikan masa depan dan justru hanya disibukkan oleh masa lalu. Itu, sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi reruntuhan yang telah lapuk. Padahal, betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, niscaya mereka tidak akan pernah mampu. Sebab, yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya.




Orang yang berfikiran jernih tidak akan pernah melihat dan sedikitpun menoleh ke belakang. Kerana, angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Dengan sebab itu, maka janganlah pernah melawan sunnah kehidupan.




“La Tahzan (Jangan Bersedih) - Dr. ‘Aidh Al-Qarni”

peMiLik..(zai..)

peMiLik..(zai..)

me..yippie

Our NEw MeMbeR..(Aidil)

Our NEw MeMbeR..(Aidil)

2nd nephew

2nd nephew
mohamad irfan naufal fahreen

PeRmAta AtI..

PeRmAta AtI..